Mek Comel, Sedap dimakan, Buat pun senang je! - Irafizah Ismail Pengedar Sah Shaklee

Saturday, 26 December 2015

Mek Comel, Sedap dimakan, Buat pun senang je!

Alhamdulillah :)
Hari ni berjaya buat kuih mek comel. Pagi-pagi lagi, eh tak pagi sangat, lebih kurang pukul 9 pagi lebih laa...projek keledek ni bermula.

Yes! Kuih mek comel ni perlukan ubi keledek oren. Memula buang kulit siap-siap, bersihkan dan rebus sehingga empuk. Masa rebus tu letak lah garam sikit.

Dah empuk, tos kan dan tumbuk bagi hancurkan semua ubi-ubi tu. Fiefi guna alu lesung untuk mudahkan kerja. Yela, panas kan nak tumbuk guna tangan. Guna sudu lak, cam lecehlak. Berhati-hati ye! Sakit tanggung sendiri :)

Bila dah hancur lumat semua, ambil sedikit tepung gandum, campur dengan sedikit ubi keledek tadi tu (muat-muat tapak tangan la) , kemudian kepal sikit dan bentukkan silinder...next, letak gula secukup rasa amaunnya :) ikut selera anda ye!

Dah letak gula, tekupkan silinder tu...golek-golek bentukkan tajam di hujung atas bawah. Siap!

Fiefi mohon maaf tak sempat nak snap picture untuk step-stepnya. 

Bila dah siap bentukkan cam dalam gambar ni. 

Siap lah mek comel. Next, perlu goreng dan makan je.


Mudahkan? Kan? Kan?

Jom la try buat...sedap!

Lagilaa bila buat pagi-pagi, boleh lah tahan sampai ke minum petang :) Mudah kerjakan!



No comments:

Post a Comment