5 Tips Untuk Pilih Sumber Protein Terbaik. - Irafizah Ismail

Tuesday, 3 October 2017

5 Tips Untuk Pilih Sumber Protein Terbaik.

Protein terdiri daripada asid amino yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu. Ia juga penting dalam penghasilan otot, kulit, tisu, tulang, sendi,rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain. 

Kepentingan protein juga dikaitkan dalam penghasilan enzim, hormon, haemoglobin dan antibodi. Walaupun protein digunakan untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan, ia juga digunakan dalam penghasilan glukos untuk keperluan tenaga apabila badan memerlukan.

Untuk entri kali ni, Fiefi nak share 5 tips untuk pilih sumber protein terbaik.

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walau bagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs  Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu, dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan GMO?
GMO (organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber semulajadi vs  Sumber yang Diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungin kehilangan kandungan nutrien. Apabila korang tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet, korang boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatan tulang serta gigi.



No comments:

Post a Comment