Sembelit : Punca dan Cara Atasinya. - Kedai Vitamin Changlun.

Wednesday, 4 October 2017

Sembelit : Punca dan Cara Atasinya.

Korang pernah mengalami SEMBELIT? Macam mana rasanya? Seksakan? Sampai lama duk dalam toilet...Ye la, perut  korang rasa memulas-mulas tapi 'benda tu' susah nak keluar...dan selagi 'benda tu' tak keluar selagi tu la tak selesa dan menyeksakan kan?

Kali ini Fiefi mahu berkongsi tentang apa itu sembelit, apa punca yang menyebabkan sembelit dan bagaimana cara untuk mengatasi sembelit ni serta cadangan beberapa produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi sembelit.

Sembelit adalah masalah pengosongan usus yang berlaku apabila anda sukar untuk membuang air besar.
Apabila seseorang menghadapi sembelit, kadangkala ia menjadikan najis keras dan sukar untuk membuang najis sehingga mengambil masa beberapa hari menyebabkan jarang membuang air besar.
Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.
Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, ianya disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Punca Sembelit? 
1. Pemakanan tidak seimbang – pola pemakanan yang kurang serat dan air, terlalu banyak makan makanan yang telah diproses.
2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
3. Kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberikan kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
4. Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar. Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.
5. Perubahan hormon terutama ibu mengandung. Perubahan hormon progesteron yang meningkat ketika mengandung akan menegangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Malah, kedudukan janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.

Cara Atasi Sembelit?
1. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 3 liter. Atau kenali signal tubuh anda, bila rasa dahaga, minum air dan perhatikan warna air kencing anda, sekiranya berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.
2. Pemakanan yang seimbang. Amalkan pengambilan serat samada daripada bijirin, sayuran atau buahan.
3. Bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat. Kerap melakukan senaman boleh meningkatkan kadar metabolisma dan ini membantu proses peristalsis lebih pantas (proses buang air besar).
4. Segera ke tandas bila ada gesaan untuk buang air besar.
*sumber rujukan


Berkaitan sembelit, ada beberapa produk Shaklee yang boleh digunakan bagi atasi masalah ini. Di sini Fiefi cadangkan:
1. Ostematrix yang mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. Ini kerana Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus).
2. Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.
3. Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit. Sesuai untuk semua peringkat umur. Pilihan yang sesuai bagi atasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.

Ok, itu aje yang Fiefi kongsikan untuk entri kali ini.
Semoga bermanfaat.


2 comments: