February 2018 - irafizah.com

Wednesday, 14 February 2018

Babyfood Toddible Sangat Best !

February 14, 2018 0
Babyfood Toddible Sangat Best !
Toddible.

Merupakan satu brand makanan bayi dari usia 6 bulan ke atas.

Bestnya Toddible ni kerana ianya menggunakan bijirin, buahan serta sayuran semulajadi 100% tanpa bahan pengawet, pewarna, garam juga gula.

So, jadinya memang selamat dan sangat baik untuk bayi. Memang terbaik !

Ada 5 pilihan:
Veggie Powder, Grain Series, Travel Series, Happy Floss, Toddible Toddler Porridge

Lagipun, ianya sangat sangat sangat membantu ibu-ibu yang ada masalah mahu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Tak kisah lah masalah dari segi nak menyediakan mkanan yang perlukan pelbagai proses untuk masak, kukus, blend bagi halus lagi, atau banyak sangat hal dan urusan hingga kurang masa nak masak,nak beli kat kedai takut ada campur garam gula pula.

Juga buat ibu-ibu yang mahu pergi bercuti tapi pening fikirkan makanan berkhasiat anak-anak yang baru nak makan. Ataupun buat ibu-ibu bekerja yang pagi-pagi kadang kalut nak bekalkan makanan bayi untuk dimakan di taska atau rumah pengasuh.

Berminat, mahu cuba Toddible boleh hubungi Fiefi k :)

012-266.0427

Jom sama-sama kita penuhi hak bayi terhadap makanan sihat.


Tuesday, 13 February 2018

Tanda-tanda bayi sudah bersedia nak makan.

February 13, 2018 0
Tanda-tanda bayi sudah bersedia nak makan.
Ramai mak-mak tak sabar tunggu baby berusia 6 bulan kan? Yes! Masa ni lah masa yang menjadi kebiasaaan baby diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food). Tapi bersediakah baby kita nak tambah menu lain, selain susu je sebelum ni? :)

Ok, berikut tanda-tanda baby sudah bersedia nak makan,
1)  Baby boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
2) Baby boleh duduk dengan baik apabila dipegang (dengan sokongan)
3) Baby boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Bila baby berupaya melakukan ini, kita boleh perasan yang air liurnya pun mula kurang meleleh.
4) Baby mula tunjuk minat pada makanan. Bila kita makan atau pegang makanan, baby mula merenung dan cuba mencapai makanan tersebut dan seolah mahu mengambilnya masuk ke mulut.
5) Berat baby naik secara sihat. Pastikan dua kali ganda dari berat lahirnya atau sekurang-kurangnya 6 kg. 

Jika baby korang mula tunjuk tanda-tanda di atas,  bersyukur  dan beronoklah. Sebab lepas ni boleh tengok reaksinya mukanya makan. Pasti comel :) Juga boleh mula masak makanan untuk baby.

Kebiasaannya baby 6 bulan sudah mula tunjuk berminat untuk makanan pejal.
.
.

Ohya! Pastikan korang ambil tahu jenis makanan yang boleh baby makan ikut usianya, jangan suka-suka je.

Bagi mak-mak yang baby nya belum tunjuk minat atau belum bersedia lagi nak makan, tak apa. Jangan dipaksa pula. Masanya kan tiba. Sabar k !


Quote of the day #21

February 13, 2018 0
Quote of the day #21
Assalamualaikum :)

Aaargghh...lama betol tak bersiaran di dunia blogging ni. 
Dah berwajah baru dan bertukar nama baru pun mood still kelaut. 
Fiefi baru tukar domain dari blogfiefi.blogspot.my ke irafizah.com . 
Guna sebahagian dari nama fullname lah pulak.
.
Ohya ! ini juga post pertama bagi tahun 2018. hohoho.
Kiranya my 2018 start with Februari haha...Januari tu kira trial laa.kikiki.
.
2018 ni banyak tugas baru nak pikul. 
Almaklum anak sulung dah jejak kaki ke sekolah kebangsaan tahun ni.
Ni pulak si bongsu baru dapat kaki, baru lagi awal-awal bulan baru ni.
(haih..alasan jangan direkacipta Fiefi, 
sila hadapi dengan senyuman dan bergumbira . Bersyukur ok!)
Sila fikirkan impian besardan matlamat hidupmu, Fiefi sayang :)
.
.
.

'The first step is always the hardest.'
.
Biasalah bila nak mula kan, tapi bila dah konsisten dah jadi habit insyaAllah kejayaan dikecapi.
Pentingnya usaha, buat dan buat bagi jadi. 
Kena kuat untuk konsisten. Anda boleh!
 Percayalah. 
.

'Take small steps everyday and one day you will get there.'
.
You can do it :)
☺☺☺☺☺☺☺

Doakan semoga Fiefi dipermudahkan urusan blogging selepas ini.
Aamiin.