Tanda-tanda bayi sudah bersedia nak makan. - irafizah.com

Tuesday, 13 February 2018

Tanda-tanda bayi sudah bersedia nak makan.

Ramai mak-mak tak sabar tunggu baby berusia 6 bulan kan? Yes! Masa ni lah masa yang menjadi kebiasaaan baby diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food). Tapi bersediakah baby kita nak tambah menu lain, selain susu je sebelum ni? :)

Ok, berikut tanda-tanda baby sudah bersedia nak makan,
1)  Baby boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
2) Baby boleh duduk dengan baik apabila dipegang (dengan sokongan)
3) Baby boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Bila baby berupaya melakukan ini, kita boleh perasan yang air liurnya pun mula kurang meleleh.
4) Baby mula tunjuk minat pada makanan. Bila kita makan atau pegang makanan, baby mula merenung dan cuba mencapai makanan tersebut dan seolah mahu mengambilnya masuk ke mulut.
5) Berat baby naik secara sihat. Pastikan dua kali ganda dari berat lahirnya atau sekurang-kurangnya 6 kg. 

Jika baby korang mula tunjuk tanda-tanda di atas,  bersyukur  dan beronoklah. Sebab lepas ni boleh tengok reaksinya mukanya makan. Pasti comel :) Juga boleh mula masak makanan untuk baby.

Kebiasaannya baby 6 bulan sudah mula tunjuk berminat untuk makanan pejal.
.
.

Ohya! Pastikan korang ambil tahu jenis makanan yang boleh baby makan ikut usianya, jangan suka-suka je.

Bagi mak-mak yang baby nya belum tunjuk minat atau belum bersedia lagi nak makan, tak apa. Jangan dipaksa pula. Masanya kan tiba. Sabar k !


No comments:

Post a Comment